Saturday 2 March 2013

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BM (PMR & SPM)


SMKS4KD 29 Jan. – Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan bengkel teknik menjawab BM PMR dan SPM pada hari tersebut. Bengkel ini telah dijayakan oleh En. Thuraiveloo A/L Ooslappan dari Fajar Bakti. Semua pelajar yang menghadiri bengkel tersebut tertarik oleh teknik menjawab yang diperkenalkan oleh beliau.

Pelajar khusyuk mendengar teknik menjawab peperiksaan daripada penceramah


MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


SMKS4KD 25 Jan.- Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada tarikh tersebut. Ceramah oleh Ustaz Mohd Khairul Azwan bin Radin Ismail bermula pada pukul 9 pagi dan ber- akhir pada pukul 10 pagi. Di samping itu, aktiviti seperti pertandingan melukis mural dan kuiz telah diadakan.

Pelajar-pelajar sedang berselawat kepada junjungan 
          Nabi Muhammad s.a.w.



GOTONG-ROYONG PERDANA


SMKS4KD 19 Jan. – Gotong-royong Perdana diadakan untuk tujuan menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah. Pada hari tersebut, pelajar-pelajar SMKS4KD di bawah pemantauan guru-guru telah ditugaskan untuk menghiasi dan membersihkan kelas. Di samping itu, sebahagian pelajar ditugaskan untuk melukis mural manakala sebahagian lagi diberikan tugas menanam pokok bunga di tempat-tempat yang telah dikenal pasti oleh pihak sekolah.

Pelajar-pelajar sedang menanam pokok-pokok bunga    
         di hadapan Surau al-Falah.





KURSUS SEHARI KOKURIKULUM


SMKS4KD 19 Jan – Kursus Sehari Kokurikulum diadakan pada hari yang sama dengan Gotong-royang Perdana. Pelajar yang terlibat terdiri daripada AJK tertinggi setiap kelab/persatuan/permainan dan unit beruniform. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Pelajar sedang mendengar taklimat yang diberikan


MAJLIS AKU JANJI TINGKATAN 3


SMKS4KD 18 Jan. – Majlis ini diadakan untuk semua pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini. Program ini diadakan pada pukul 10.30 pagi. Datin Hjh Zuraidah bt Hj Mohamad selaku Pengetua Cemerlang DG54, Penolong Kanan dan semua guru mata pelajaran turut menghadiri majlis tersebut. Selain menyuntik semangat, Penolong Kanan Pn. Noraini bt Omar memaklumkan pelajar-pelajar program-program yang bakal dianjurkan untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar tingkatan 3.

Pelajar sedang menandatangani aku janji.


MESYUARAT AGUNG KOKURIKULUM


SMKS4KD 15,16 & 17 Jan. – Mesyuarat Agung Rumah Sukan, Unit Beruniform dan Persatuan/Kelab diadakan pada tarikh-tarikh tersebut. Pelantikan AJK dan perancangan aktiviti tahunan telah dibincangkan dalam perjumpaan tersebut.

Pemilihan jawatankuasa sedang dijalankan.